Friday, 10 July 2015

Hargai sebuah persahabatan

Makna utk sebuah perhabatan
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Wednesday, 24 June 2015

Saya Nak Kenal dulu,Nak tahu budi pekerti dia macam mana...


Banyak berlaku perkara seperti ini sekarang. Satu benda yang perlu anda tahu adalah perangai si dia sebelum kahwin tidaklah sama dengan si dia sebelum kahwin.

Sebagai contoh, diri anda sendiri. Cara layanan anda terhadap keluarga dan cara layanan anda terhadap tetamu. Pastinya berbeza bukan? Begitulah juga dia. Walaupun dia berkata, "owh..i tak hipokrit. Ni la perangai i dengan keluarga pun macam ni la i."

Adakah anda terlalu yakin pasangan anda itu menghormati orang tua nya? Adakah anda terlalu yakin dia akan bersifat romantik seperti sebelum kahwin setelah dia berkahwin dengan anda. Adakah anda terlalu yakin dia seorang yang pengemas dan pembersih dan rumah anda akan sentiasa dalam keadaan yang teratur,bersih dan wangi setiap masa. Adakah anda terlalu yakin penampilan dirinya diluar sama dengan didalam rumah.

Rata-rata yang saya jumpa orang yang berkelahi suami isteri kerana tak dapat menerima hakikat bahawa pasangannya akan berubah selepas kahwin. Yang tak menyangka rumah nya akan tunggang langgang, isterinya tidak pandai mengemas. Hanya pandai bersolek diluar, dalam rumah berbau masam, tidak solat, solat lambat, jarang baca quran,boros dan sebagainya.

Hakikatnya, walau 10 tahun kita bercinta sebelum kahwin dengan pasangan kita,ia masih tak dapat menggambarkan wajah sebenarnya setelah dia berkahwin dengan kita. Percintaan itu nampak indah kerana ia dihiasi oleh syaitan yang menghasut ke lembah penzinaan. Kerana itulah, banyakkan pergantungan dengan Allah kerana Allah lah yang menjaga hati-hati ini. Jauhkan daripada perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Dan latihlah serta didiklah hati supaya sentiasa bersedia untuk menyempurnakan kekurangan pasangan. Bukan hanya mengharap kepada kesempurnaan.
                                           ~ By LayarMinda~

Monday, 22 June 2015

Pesan Pada Hati..

Pesan pada hati
Usah merindu pada kenangan
kerana pasti akan mengalir airmata kesedihan..

Pesan pada hati...
Usah di kenang perkara yang lalu..
kerana pasti akan hadirnya rasa kecewa..

Pesan pada hati..
hidup ini perlu di teruskan..
Yang pahit jangan terus di kenang..
Cukup hanya di simpan buat pedoman..

Kerana pasti ada sebabnya sesuatu itu terjadi..
 


Sunday, 21 June 2015

ketika sahur aku berfikir..............

Ketika kaki sesat tak tentu arah
Ketika bahu lemah tanpa sandaran
Ketika hati pedih tiada penawar...............

hasbunallahuwanikmalwakill
- cukuplah Allah  mejadi pendorong kami

La Tahzan InnallahaMa'ana
- Jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita
 
Innallaha ma'asshobirin
- Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar


Belajarlah 'Melepaskan' dengan menyerah kepada Allah.Jangan cuba mengawal segalanya
Kerana kita hamba,setelah berusaha jangan ikat hatimu padanya.Ikat hatimu hanya pada Allah...

Setiap takdir punya tujuan,kadangkala kita dapat membacanya,adakalanya tidak.
Namun apa yang pasti setiap yang datang daripada Allah ada kebaikan...


                                                                                             Achikz

Saturday, 20 June 2015

Bersangka baik Dengan ALLAH


SALAM RAMADHAN...

Bersangka baik..dengan setiap kejadian yang berlaku..atau setiap apa yang kita hadapi..
Teringat pesan seorang teman..'apapun masalah kita..bersangka baiklah dengan ALLAH'
Namun hakikatnya kita akan selalu fikir negatif sebelum positif..itu biasa..manusia..adakala hilang pertimbangan...

Dalam hidup ini..tak semua yang kita inginkan akan kita dapat..kadangkala apa yang kita nak kita takkan dapat..Allah lebih tahu apa aap yang kita perlu..jangan terlalu rasa kecewa..jangan terlalu rasa sedih..serahkan semuanya kepadaNya..Sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH..
Andaikata kita tak dapat aap yang kita inginkan..'La Tahzan'... kerana tanpa izinNya kita takkan dapat apa yang kita inginkan..Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dari apa yang kita inginkan..
berdoalah..moga Allah berikan yang kita perlu..In Sha Allah..

Kalau kita ihklas terhadap sesuatu yang kita harapakan..berdoalah..sentiasa bersangka baik dengan setiap kejadian yang menimpa kita..Allah Maha mengetahui...

'Letakan akal di hadapan fikiran"
                                                                                                                                   Achikzieda

Friday, 19 June 2015

Pesanan Buatmu

Pilihlah seseorang
Yang mampu merasakan kesedihanmu di sebalik senyumanmu,di saat engkau terdiam
Yang mampu merasakan kasihmu sayangmu di saat kemarahanmu,kerana dialah yang akan mampu mengerti tentangmu dirimu...
Terkadang engkau harus berlari jauh....
Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu...
Terkadang engkau harus berbicara dengan bisikan..
Agar engkau tahu siapa yang masih mendengarmu...
Terkadang engkau harus melibatk diri dalam perbezaan agar engkau tahu siapa yang akan membelamu..
Sesungguhnya....
Ketika kita pergi bersembunyi hanya untuk ditemukan...
Ketika kita berjalan jauh hanyalah melihat siapa yang masih setia mengikuti...
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapuskan airmata kita..

                                                                                     AchikzIda