Banyak berlaku perkara seperti ini sekarang. Satu benda yang perlu anda tahu adalah perangai si dia sebelum kahwin tidaklah sama dengan si dia sebelum kahwin.
Sebagai contoh, diri anda sendiri. Cara layanan anda terhadap keluarga dan cara layanan anda terhadap tetamu. Pastinya berbeza bukan? Begitulah juga dia. Walaupun dia berkata, "owh..i tak hipokrit. Ni la perangai i dengan keluarga pun macam ni la i."
Adakah anda terlalu yakin pasangan anda itu menghormati orang tua nya? Adakah anda terlalu yakin dia akan bersifat romantik seperti sebelum kahwin setelah dia berkahwin dengan anda. Adakah anda terlalu yakin dia seorang yang pengemas dan pembersih dan rumah anda akan sentiasa dalam keadaan yang teratur,bersih dan wangi setiap masa. Adakah anda terlalu yakin penampilan dirinya diluar sama dengan didalam rumah.
Rata-rata yang saya jumpa orang yang berkelahi suami isteri kerana tak dapat menerima hakikat bahawa pasangannya akan berubah selepas kahwin. Yang tak menyangka rumah nya akan tunggang langgang, isterinya tidak pandai mengemas. Hanya pandai bersolek diluar, dalam rumah berbau masam, tidak solat, solat lambat, jarang baca quran,boros dan sebagainya.
Hakikatnya, walau 10 tahun kita bercinta sebelum kahwin dengan pasangan kita,ia masih tak dapat menggambarkan wajah sebenarnya setelah dia berkahwin dengan kita. Percintaan itu nampak indah kerana ia dihiasi oleh syaitan yang menghasut ke lembah penzinaan. Kerana itulah, banyakkan pergantungan dengan Allah kerana Allah lah yang menjaga hati-hati ini. Jauhkan daripada perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Dan latihlah serta didiklah hati supaya sentiasa bersedia untuk menyempurnakan kekurangan pasangan. Bukan hanya mengharap kepada kesempurnaan.
~ By LayarMinda~
No comments:
Post a Comment